Islamic Widget

Salam Buat Semua...



Bermulanya kisahku...

JUNAINAH BT. MOHD IDRIS..itulah yang tercatat di dalam sijil kelahiranku pada 23 Januari 1981. Taman kecil di syurga..maksud namaku yang cukup indah bagiku..sesuailah dengan keindahan bunga matahari, bunga kesukaanku yg cukup cantik dan indah di sebuah taman kecil, menjadi penyeri dengan warna yg cukup ceria. Umpama matahari yg bersinar membawa cahaya menerangi kegelapan...


junainah


Destiny..perjalanan yang tiada penghujungnya. INILAH CATATANKU...


Sebuah perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan. Tapi perlu ke berjuang? Perlu ke terus berjalan apabila lorong yang bakal kita tempuhi itu belum pasti berpenghujungnya? Kita belum lalu, macamana nak dikatakan belum pasti? Sesuatu yang bakal kita tempuhi, kita jadikan PERJUANGAN. Dan sesuatu yang telah kita tempuhi, kita jadikan ia sebagai PEDOMAN sebuah perjalanan. Dan di penghujung jalan perjuangan itu nanti, kita akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru ada awalan dan akhirannya. Jadi, kenapa kita perlu takut untuk BERJALAN? Hmm..banyak yang aku cuba fikirkan. Semua orang akan cuba untuk menjadi "SESEORANG". We ara mean to be somebody. Cuma kita tak perlulah untuk jadi "ORANG LAIN" untuk jadi "ORANG".

Knock! Knock!

Knock! Knock!

May I come into Ur world?

I bring no flowers,no cakes.


But wishes to keep U fresh,

Prayer to keep U healthy,

And love to keep U smiling.



“Be Happy”

Dedicated to friends....

Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Amalkan...

RENUNG DAN AMALKAN



AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman



Sunday, July 25, 2010

Erti Seorang Sahabat…

Seorang pujangga Barat pernah menulis, dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.. Tetapi, di dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi, kita sering terlupa hal ini. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa sering dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri… Kita terlupa, kita pernah membiarkannya ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberi seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya. Seperti juga kita, dia juga tahu rasa kecewa… Tetapi, kita sering terlupa…. Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa berada di sisi kita, di saat-saat kita memerlukannya..dan di saat kita perlukan perhatian daripadanya…dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kekadang kita lupa mereka juga ada banyak cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk bersama-sama menceritakan tentang rasa bimbang, dan rasa takutnya. Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa dan menyerah kalah. Dapatkah kita meyakinkan bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah. Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan. Sesekali, jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan dan sumber inspirasinya.. Jadilah kita sahabatnya itu… Kita mungkin pernah melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.., kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba untuk menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu!!!

Saturday, July 17, 2010

MY WORDS...



SEMALAM tidak akan berulang. HARI INI untuk kita berjuang. ESOK belum tentu akan menjelang. Bersiap sedia daripada SEKARANG untuk jadi insan CEMERLANG.

Saturday, June 12, 2010

Senyumlah...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah











Ikatan...

   hehehehehehehehe,senyum la!!!

KENANGI AKU DALAM DOAMU, SEPERTIMANA DAKU YANG SENTIASA MENDOAKANMU!!!

Erti Cintaku Kepada Allah...

.

Moga Ceria Selalu...

Buat sahabat..moga ceria selalu di samping insan-insan tersayang...adakalanya kita mahukan yang terbaik dalam hidup ini. sesuatu yang indah untuk dijadikan memori. kekadang bukan mudah untuk mendapatkan apa yg kita hajati.untuk menilai bukan sehari. untuk mengenal bukan seminit. kesetiaan itu bukan untuk diduga. sahabat sejati adalah seseorang yg sentiasa mengingati, berkongsi suka duka, penasihat yg baik, membantu bila memerlukan meskipun bukan yg terbaik utk menyelesaikan masalah. apa yg pasti dia sentiasa ada bila kita mengingatinya.....





Bisikan Hati Seorang Hamba
Brown Green Gold Pictures, Images and Photos
allah Pictures, Images and Photos
Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu

Ya Allah,

Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...

Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu

Ya Allah,

Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...

menjadi penawar hati ku

Ketika sujud...Aku memohon agar Kau

menerimah amalan ku...

Dalam Tahajud ku bisikan .. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..

Dan panggilan pulangku...

menjadi pertemuan pertama dengan Mu...Ya ALLAH

Kekasihku...

Engkau Yang Satu



With love, prayer and respect

The humble servant of the Almighty ALLAH SWT

~Junainah~

Brown Green Gold Pictures, Images and Photos



Buatmu sahabat...

Jika persahabatan diberikan keutamaan maka akan kekallah sebuah ikatan itu.tanpa ada rasa ragu dan cemburu.jika perjalanan sebuah perhubungan itu dipenuhi bebunga percaya dan yakin maka akan terus kekal merimbun bunga-bunga dipersada hari.perjanjian alam ini adakalanya sukar utk diterima tetapi makna ketabahan dan tidak mudah berputus asa adalah tuntutan azali yg perlu ada dalam hati dan sanubari insani.tidak ada sesuatu yg baik suci dan bersih semudah utk disisih dgn kejam.kenapa sesorang itu bisa mengalah dan mengundur diri tanpa mengenal erti sebuah perjuangan?pentingnya satu kekuatan dan seseorang itu bisa menilai serta mentafsir sebuah mainan kehidupan.pengalaman hidup mengajar kita utk menjadi lebih dewasa.

Sharing is caring...

                                Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

KHAS BUATMU....

Free Pics View Photos Flower Pics Flower Images Flower Pictures Funny Pics Flower Images Flower Pictures Funny Pics Flower Images Flower Pictures Funny Pics Flower Images Flower Pictures Funny Pics

Some interesting QUOTES....

happiness

trust is like a vase

broken mirror

rich

Money isn't everything

.dream

love and friendship

relationship

.

What is a friend?

Untukmu Teristimewa...








LOVES...

Ada Orang Sayang Awak...kalau awak nak tau... fikir-fikirkanlah ye..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya. 11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya. 13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela. 14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
Adakah awak ingat kat saya hari ni??
Tiada mutiara sebening cinta.. Tiada sutera sehalus kasih sayang.. Tiada embun sesuci ketulusan hati.. Dan tiada hubungan seindah persahabatan..
Salam Persahabatan!!